Pelakon, penyanyi dan pengacara, Jaafar Onn mendedahkan bakal
menamatkan zaman dudanya sebelum bulan Ramadan ini. Selepas menggunakan
laman Facebook sebagai medium untuk mencari bakal isteri, Jaafar berjaya
menemui calon sesuai yang merupakan seorang ibu tunggal berusia 37
tahun yang telah lama terpisah.
"Sebenarnya saya nak cari jodoh di Facebook hanya satu gimik tetapi
kuasa Allah telah menemukan saya kembali dengan wanita yang terputus
hubungan sebelum ini.
"Saya memilih untuk bernikah sebelum bulan Ramadan tahun ini," katanya yang dipetik daripada mStar Online.
Sebelum ini, selepas meluahkan hasrat mencari isteri di Facebook,
Jaafar menerima hampir seribu pelawaan daripada wanita yang sudi
berkahwin dengannya.
Bercerita tentang bakal isterinya, Jaafar berkata, beliau mengambil
keputusan untuk berkahwin pada usia 62 tahun kerana selesa dengan
perwatakan wanita yang berasal dari Ipoh, Perak itu.
"Saya tertarik dengan sikapnya yang suka membantu, bertanggungjawab dan
memahami kerjaya saya sebagai seorang artis," jelasnya yang masih belum
bersedia mendedahkan nama wanita berkenaan namun memberitahu dia
berstatus ibu tunggal
.
Sumber: Media Hiburan Online